Followers

Tuesday, February 24, 2015

Bucket List 2015!



Bucket List 2015


  1. Kereta (Checked. Hehe..) 
  2. Braces
  3. Iphone 6
  4. Holiday


Semenjak dah bekerja ni banyaklah kempunannya kan. Yelah sebelum ni mana ada duit nak berangan nak itu ini. Tapi dah pegang duit sendiri ni pon belum tentu gak dapat menyimpan. Cuma tak salahkan kalau kita list kan apa keinginan yang kita nak. At least kita ada usaha nak dapatkan sesuatu sendiri. Tak kiralah apa cara sekalipun kau nak dapatkan wishlist kau tu.







Contohnya, macam aku buat, aku jenis tak berapa suka shopping baju ke apa tapi aku nak something berharga untuk dir sendiri, so aku akan start berjimat cermat setiap bulan. Spend for it, tapi kumpul sikit-sikit. Bukan spend sekaligus bedebuk, matilanak. Hahaha. Cara berjimat ni sangat menguntungkan macam aku berjimat dari segi pemakanan, hari-hari aku bawak bekal pergi kerja. And sekaligus bukan sahaja boleh berjimat malah pemakanan lebih sihat dah selamat. Dan dalam masa yang sama aku kadang prepare makanan untuk diet. Kehs. Diet konon kan. Taklaa diet mana pon cuma makanan tu kurang sikit berlemak dan yang penting ada jugak laa hasil dia walaupon sikit. (*officemate iolls kata iolls dah kurus sikit uolls) Hahaha. Berbunga mekar hati mak nok.







Tak kisah laa macam mana atau apa pon wishlist kau yang penting usaha. Bukan kau nak mintak orang pon kan. Wishlist ni macam untuk kepuasan diri kau sendiri, yelaa kau kerja teruk-teruk penat stressnya mesti kau kena spend something for your ownself kan. So goodluck untuk diri sendiri. Hoyeahhh!! Hahaha. Kasi semangant siket.

Monday, February 23, 2015

Happy Chinese New Year!

Happy Chinese New Year to all chineese friends.


Today, first time experienced kutip angpaw ramai-ramai pusing satu office, banyak gilerrrr okay angpaw. Kalau raya Aidilfitri pon belom tentu dapat banyak cenggini. Quite interesting, sebab mana penah sebelum ni nak kutip angpaw dekat orang cina.




But at least dapat laa mengubati kekecewaan tak dapat bonus tahun, dapat angpaw pon jadilah. Dapat gak cover duit belanja yang dah kering lepas balik kampong ni kan sementara tunggu gaji masuk hujung bulan. Hehehe.




Ini yang untungnya keje company cina, walaupon dalam setengah benda tu nampak macam berat sebelah tapi kalau kita baik dengan mereka kita akan dilayan baik jugak. Yang penting don't lost your respect towards them. Kita cari rezeki ikut jew laa flow. Mungkin rezeki kita akan datang ada disebalik rezeki yang kita ada sekarang. Kan, Who knows.









Friday, February 20, 2015

Bersawang!!!

Assalamualaikum,

Such a long time aku tak bukak laman sesawang aku yang ni, bersawang dah blog ni, ngan otak cik puan dia sekali bersawang. Hahaha. Okay #hambar.

Btw, during this longgggg time, I am too busy with my final year studied before, and then a month right after that I have received an offer for a job, Alhamdulillah. So, not so much time that I can spend for rant here. Bukan busy sangat pon, but ianya lebih kepada ada spend quality time when Im free or on leave. No social media at all. Thats me for now.

Yeah bukan kat sini jew aku dah jarang update, my other social network pon sama jugak jarang update. Bukan nak mengelak dari semua orang ke apa, just want to slow down my addiction jew. Evenmore, I am such a hambar person kalau dalam social media ni. HAHAHA. I dont know how to rant out laa kalau dalam whatsapp ke or such thing. Aku lebih suka sembang lepak-lepak, nampak reaction muka orang yang kita sembang tu. So takde laa nanti fikir yang bukan-bukan yer dok. Keh.

Currently, Im working dekat Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh, Selangor. Dan bermakna, aku dok sorang dalam erti kata berdikari konon, alone (not so alone laa, with new friends and housemates). Actually, at first agak susah untuk aku nak biasakan diri hidup sengsorang ni, sebab aku ni jenis tak suka sunyi andd tak penah pon aku duduk sesunyi sekarang ni. Yelah, dah terbiasa ada family besar and ramai kan, riuh rendah and before this pon aku duduk hostel yang memang sentiasa hiruk pikuk jugak, so tak laa rasa sunyi sangat macam sekarang ni.

But now, aku dah makin boleh adapt dengan sekeliling aku dah. Tapi kengkadang bila aku terfeeling lebih waktu duduk sengsorang boleh leleh gak. Hahaha. #cengeng So far, alhamdulillah, bila difikir ditambah ditolak bahagi darab semua, I have no choice, this my way for unknown future kan. Terpaksa berjauhan dengan family tu adatlah, bila habis belajar and merantau untuk mencari rezeki.

And Im still looking for new job yang lebih sebati dan selesa dari segi kewangan. Kerja sekarang so far okay, orang kata cukuplah laa nak lepas diri sendiri setiap bulan dengan hutang yang nak bayar sana sini. Bab hutang tu memang takleh nak lari, kadang kita buat semua tu bukan atas kehendak tapi atas keperluan kan. Yang penting kena pandai manage, dan jangan membazir, ikot kemampuan masing-masing.

So, since now aku dah kerja, aku kena plan everything, start from dapat gaji and plan for future, macam target hidup kau kan. Sebelum ni pon aku ada target, and alhamdulillah I have already achieved it. Plan well to live well. Choice is in your hands and you just choose it wisely.