Followers

Friday, May 3, 2013

Terleka

Suatu masa dulu,
Aku pernah buta,
Terleka, terbuai, dengan
perasaan ingin mencuba.

Segalanya aku mahu cuba,
sehingga hati dan perasaan
juga ku cuba dan duga.

Aku tak rasa gembira
bahagia inikan pula bangga,
Aku rase pengalaman,
Mana kehidupan dan
mana keikhlasan.

Aku pernah tawa
pada keikhlasan air mata,
yang aku balas tanpa belas,
Konon dia tetap ada,
Bodohkah aku?
atau aku betul tika itu.

Dan pabila ku sedar,
keikhlasan itu bukan lagi milik ini,
yang aku pikir sentiasa ada,
yang aku rase gembira walaupon
bukan nyata,
yang aku abai, mahu bila perlu,
yang aku cinta, tiada lagi dimiliki.

Itu Aku,
yang mendustakan semuanya,
yang konon tak mempercayai
cinta selagi belum tiba masanya,
yang hanya tau gembira dicinta
tapi tidak menghargai.

Kini,
Aku dapat ianya kembali,
karma insan yang lupa diri,
hati yang tidak pernah erti hargai,
Cukup kejam hati ini
jika dikenang kembali.

Sudah cukup,
Aku cukup dengan tangis sendiri,
saat ini mungkin aku yang sedang
ditawa oleh dia yang dulu ku tawa.

Melepaskan hela,
terima takdir ini,
'Kalau dah jodoh tak kemane'
ungkapan yang selalu kau ungkapkan,
Yer aku terima,
tapi tidak untuk kesekian kali lagi,
cukuplah semua ini.
Aku letih dengan mainan
perasaan yang tidak pasti.

Aku terima takdir
untuk jodohku yang pasti
bakal bernama suami.
Yang bisa belayar menggerudi layar.
Yang sudi menjadikanku suri
bukan hanya pacar.
Yang bersedia mengharungi dan
mendidik hati yang bengis ini.
Yang mampu membuat wajah ini
tak lekang senyuman saban hari.
Yang sentiasa melindungi
dan memuji hati ini.

Aku tunggu kamu wahai suami.

Ya, Allah. Kurniakanlah daku sebaik-baik hambamu sebagai suamiku, yang bisa melindungi diriku dan keluargaku. Aku tidak pinta yang sempurna, cukuplah dia menyempurnakan aku.


No comments:

Post a Comment