Followers

Wednesday, May 1, 2013

Maaf.

Aku mungkin pesalah antara kita. Yang bersalah tidak meninggalkan sebarang kata. Yang mungkin bersalah membuat hati kau derita. Yang hatiku sendiri kaku tiada kata. Yang tubuh badan mengeras tidak berbuat apa-apa. Maafkan pesalah ini yang tidak mungkin dapat memulihkan luka yang tertusuk itu.

Yes, im the one. Salahkan aku, marahlah aku, lepaskan geram itu. Aku sanggup. Aku bersedia.

Itu memang patut menjadi balasan untuk pesalah ini.

Aku tau kau menangis, aku dengar tangisan itu. Tapi tahukah kau, aku juga menangis kerna aku tidak tahu berbuat apa untuk perbetulkan semua. Aku seperti mahu memelukmu, tapi langkahku kaku. Aku mahu menangis bersamamu tapi aku malu. Malu untuk diri sendiri, malu kepada kamu. Kerna ego penghasutnya, setan tenteranya.

Kita sama terluka. Tapi luka ini takpe biar ia sendiri sembuh. Lukamu lebih penting kerna aku tiada ubatnya. Maaf, untuk luka yang tiada ubatnya itu. Aku bukan doktor, aku bukan pawang, aku bukan bomoh. Aku hanya hamba-Nya yang lemah, yang hanya mampu berdoa segalanya akan sembuh.

Maaf kerna aku tidak pernah memperbetulkan keadaan ini, hati ini tiada kekuatan, dan hati ini tidak mahu kau kecewa untuk sekian kali lagi.

Dan salahnya, kita sama-sama pendiam dan tidak tahu merungkaikan segala kekusutan. Takpe aku paham. Aku tak pernah salahkan kau, sebab puncanya semua dari aku. Maaf untuk kali ke seratus dua puloh tiga empat juta billion saat dan air matamu.

Asal aku lihat kau bahagia disamping mereka yang menjadi penawar duka luka yang ku toreh. Semoga kau bahagia bersama mereka yang boleh buat kau tersenyum, yang memahami isi hatimu, yang sentiasa mengambil berat mu.

Dan aku berharap, masih punya ruang walau secebis kuman dihati kau untuk aku. Kawan yang pernah ketawa menangis bersama dulu. Maafkan aku. Aku sayang kau lillahitaala. Walau tiada lagi sayang dihatimu.


No comments:

Post a Comment