Followers

Wednesday, January 30, 2013

Sesuatu itu...

Aku ada sesuatu
sesuatu yang aku sendiri tak tahu
sesuatu yang aku takut
sesuatu yang aku mahu;

Sesuatu aku mahu tujukan pada kau,
pernah kah kau ada sesuatu itu?
Sesuatu yang tidak nampak
Sesuatu yang hanya hati besi rasa
Sesuatu yang ego penghalangnya.

Aku mahu punya sesuatu itu,
sesuatu yang tidak pernah ada
tidak pernah aku rayu
tidak pernah aku harap;

Aku mahu tuju sesuatu itu;
untuk menyampainya tidak aku
tiket peluang aku hanya simpan;

Malu;

Aku jadi malu
pada diri aku,
selalu aku
perhati jiwa itu,
aku belek sesuatu itu,
betulkah itu sesuatu,
selalu aku berfikir adakah itu sesuatu,
malu;
dan kau tertangkap perhati aku
aku termalu sendiri tapi aku mahu kau perhati.
aku mahu kau perhati bersama,
adakah itu sesuatu.

tapi aku malu
malu~malu~malu~malu~malu~malu~malu~malu~

Kau tau sesuatu itu
berdepan kau
selalu buat aku kaku
seperti tugu
seperti ais
mengeras
menyejuk.

Kalau itu sesuatu
aku berdoa untuk sesuatu itu
berdoa pada tuhan kita
peliharalah sesuatu itu
sesuatu untuk suatu masa
sesuatu yang penamat.

Sesuatu ini kau mungkin tidak nampak
tapi aku harap sesuatu aku itu
KAU tahu.









No comments:

Post a Comment