Followers

Friday, December 27, 2013

Final year... End year 2013...

Kejap je masa berlalu kan, sedar tak sedar aku dah final year dan tinggal berapa hari jew lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2014.

Truly said, 2013 is the best and memorable year to remember. Macam-macam berlaku within this year, suka, duka, manis, pahit, maung, kecewa, gembira dan semestinya yang paling banyak is bahagia. Kalau nak cerita pasal 2013 ni, banyak sangat senanya. Kalau boleh semuanya aku nak tulis kat sini. But, disebabkan kekangan masa dan ketandusan idea, blog ni aku biarkan hambar. Sedihnya rasa. Kalau nak harap aku memorized all the moments, memang tak laa. Sebabnya?? daya ingatan aku agak lemah, bukan bermaksud aku ni hilang ingatan ke ape, aku ni spesis yang pelupa.

Well, apa yang aku boleh coretkan sini, 2013 banyak mengajar aku pelbagai erti kehidupan. And sedikit sebanyak 2013 banyak mengubah aku menjadi lebih baik dari sebelum ini. InshaALLAH, Ameen (doakan ianya berterusan dan aku sentiasa istiqamah). The best part is, 2013 mengajar aku lebih menghargai orang disekeliling aku terutama sekali family dan kawan-kawan.

Friends, I love u all deeply in my heart, through this year, koranglah yang banyak memahatkan moment terindah dalam ingatan(hopefully) dan koranglah yang banyak bersabar dengan karenah aku. I love u all, tak kira siapa korang, uoll makes my life, my day perfect. And I cant imagine hows gonna happen to us when we are far apart one day. Semoga Allah kekalkan persahabatan kita semua hingga ke jannah. So, another year to go, keep fight everyone. Lets convo with the best honour everyone. I love u all.

Welcome 2014, semoga tahun baru ini kami semua lebih istiqamah dan berjaya sebagai seorang anak, rakan, pelajar dan mahasiswa. May Allah blessed us with strengthness, healthy, wellness and success. Ameen.


#studyweek #end2013 #shortpost

Friday, May 3, 2013

Terleka

Suatu masa dulu,
Aku pernah buta,
Terleka, terbuai, dengan
perasaan ingin mencuba.

Segalanya aku mahu cuba,
sehingga hati dan perasaan
juga ku cuba dan duga.

Aku tak rasa gembira
bahagia inikan pula bangga,
Aku rase pengalaman,
Mana kehidupan dan
mana keikhlasan.

Aku pernah tawa
pada keikhlasan air mata,
yang aku balas tanpa belas,
Konon dia tetap ada,
Bodohkah aku?
atau aku betul tika itu.

Dan pabila ku sedar,
keikhlasan itu bukan lagi milik ini,
yang aku pikir sentiasa ada,
yang aku rase gembira walaupon
bukan nyata,
yang aku abai, mahu bila perlu,
yang aku cinta, tiada lagi dimiliki.

Itu Aku,
yang mendustakan semuanya,
yang konon tak mempercayai
cinta selagi belum tiba masanya,
yang hanya tau gembira dicinta
tapi tidak menghargai.

Kini,
Aku dapat ianya kembali,
karma insan yang lupa diri,
hati yang tidak pernah erti hargai,
Cukup kejam hati ini
jika dikenang kembali.

Sudah cukup,
Aku cukup dengan tangis sendiri,
saat ini mungkin aku yang sedang
ditawa oleh dia yang dulu ku tawa.

Melepaskan hela,
terima takdir ini,
'Kalau dah jodoh tak kemane'
ungkapan yang selalu kau ungkapkan,
Yer aku terima,
tapi tidak untuk kesekian kali lagi,
cukuplah semua ini.
Aku letih dengan mainan
perasaan yang tidak pasti.

Aku terima takdir
untuk jodohku yang pasti
bakal bernama suami.
Yang bisa belayar menggerudi layar.
Yang sudi menjadikanku suri
bukan hanya pacar.
Yang bersedia mengharungi dan
mendidik hati yang bengis ini.
Yang mampu membuat wajah ini
tak lekang senyuman saban hari.
Yang sentiasa melindungi
dan memuji hati ini.

Aku tunggu kamu wahai suami.

Ya, Allah. Kurniakanlah daku sebaik-baik hambamu sebagai suamiku, yang bisa melindungi diriku dan keluargaku. Aku tidak pinta yang sempurna, cukuplah dia menyempurnakan aku.


Wednesday, May 1, 2013

Maaf.

Aku mungkin pesalah antara kita. Yang bersalah tidak meninggalkan sebarang kata. Yang mungkin bersalah membuat hati kau derita. Yang hatiku sendiri kaku tiada kata. Yang tubuh badan mengeras tidak berbuat apa-apa. Maafkan pesalah ini yang tidak mungkin dapat memulihkan luka yang tertusuk itu.

Yes, im the one. Salahkan aku, marahlah aku, lepaskan geram itu. Aku sanggup. Aku bersedia.

Itu memang patut menjadi balasan untuk pesalah ini.

Aku tau kau menangis, aku dengar tangisan itu. Tapi tahukah kau, aku juga menangis kerna aku tidak tahu berbuat apa untuk perbetulkan semua. Aku seperti mahu memelukmu, tapi langkahku kaku. Aku mahu menangis bersamamu tapi aku malu. Malu untuk diri sendiri, malu kepada kamu. Kerna ego penghasutnya, setan tenteranya.

Kita sama terluka. Tapi luka ini takpe biar ia sendiri sembuh. Lukamu lebih penting kerna aku tiada ubatnya. Maaf, untuk luka yang tiada ubatnya itu. Aku bukan doktor, aku bukan pawang, aku bukan bomoh. Aku hanya hamba-Nya yang lemah, yang hanya mampu berdoa segalanya akan sembuh.

Maaf kerna aku tidak pernah memperbetulkan keadaan ini, hati ini tiada kekuatan, dan hati ini tidak mahu kau kecewa untuk sekian kali lagi.

Dan salahnya, kita sama-sama pendiam dan tidak tahu merungkaikan segala kekusutan. Takpe aku paham. Aku tak pernah salahkan kau, sebab puncanya semua dari aku. Maaf untuk kali ke seratus dua puloh tiga empat juta billion saat dan air matamu.

Asal aku lihat kau bahagia disamping mereka yang menjadi penawar duka luka yang ku toreh. Semoga kau bahagia bersama mereka yang boleh buat kau tersenyum, yang memahami isi hatimu, yang sentiasa mengambil berat mu.

Dan aku berharap, masih punya ruang walau secebis kuman dihati kau untuk aku. Kawan yang pernah ketawa menangis bersama dulu. Maafkan aku. Aku sayang kau lillahitaala. Walau tiada lagi sayang dihatimu.


Tuesday, April 30, 2013

Syukur.

Aku bersyukur,

kerna aku masih punya mama,
yang sentiasa membuat yang terbaik untuk anak-anaknya,
yang sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anaknya,
yang sentiasa tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya,
aku tahu dia gusar, letih, perit.

Mama Anis sayang mama,
please keep smile till I can make you smile for everytime.
Mama akan kaklong balas segala perit itu suatu masa nanti,
please keep stand besides with me, no matter what.
You are my strength. my everything, my all.

Aku bersyukur,

kerna aku punya ramai adik-adik,
sama-sama ketawa macam gila,
sama-sama gaduh macam bertumbuk, sepak, tampar,
sama-sama menangis bila bergaduh,
sama-sama susah hati bila mama nenek sakit,
sama-sama malas macam ular sawa kekenyangan,

kita semua sama-sama,
dan harap selamanya kita akan sama-sama,
susah senang kita bersama,
walau siapa pun kita suatu masa nanti.
Air yang dicincang tak akan putuskan,
inikan adik beradik.

Aku bersyukur,

kerna aku punya ramai kawan-kawan,
gembira, susah, senang mereka masih bersama,
walau kita punya cita dan hidup berbeza,
mereka tetap ada sebagai kawan,

Terima kasih dieza, nana, maklang,
mungkin kita tidak bersama,
dipisah antara jarak dan benua,
hati korang masih tetap sama,
tidak penah berubah,
walau hidup kita kian berubah,
harap ia akan tetap kekal sama selamanya,
walaupun mungkin tak sehebat awalnya.

Terima kasih qiqin, muni, erni, tina, alin, nana, ima,
Aku sayang, aku rindu,
terima kasih kerna menjadi temanku disini,
terima kasih kerna pernah melayan perempuan penuh emosi ini,
terima kasih kerna selalu membuat hati ini ketawa,
terima kasih untuk segala-galanya.
Maaf jika perempuan ini selalu membuat hati semua kecewa,
kecik hati atau sakit hati,
harap juga kita semua tetap kekal sama sepanjang masa,
aku perlukan kamu semua,
semoga kita sama-sama menggenggam segulung ijazah,

Kasih dan sayang semua hingga ke syurga.







Wednesday, April 10, 2013

Another blessed year.

Agak lama jugak belog ni terbiar since I was on my sem break last few months sampailah another break sekarang ni. Mid sem break jew pon, seminggu cuti tak puas kot. sobs. By the way, its April now, my best month ever. Hehehe. April jew lah aku suka, sebab birthday aku bulan ni dan sudah lepas pon. 

Anyway, it's such blessed month for a blessed year ahead. I am now twenty two, 22. I am a big girl now for my mum and family, in future becoming a lady. Oppss, terase tua sangat. Hahaha. Macam mak aku cakap, kejap jew kan masa ni, tau tau esok mama dah kena jaga cucu-cucu. Mengekek jew aku gelak. Nampak tak mama dah semacam bagi green light. Berbunga hati teman dengor. hewhew. 

Twenty-two sounds sweets kan. hehe. Tak taulah nape, tapi aku sangat gembira that Im twenty-two. Bukan sebab umur dah boleh nak kahwin, maybe sebab aku rasa aku dah semakin matang nak terima and let go everything in my life. And sometimes, kita sendiri akan rasa, kita dah makin pandai buat pilihan yang terbaik dalam membuat keputusan kan. 

Back to few months ago, its such too much things happened to my life. And alhamdulillah, everythings going well. I learned many things and makes me feel to be more appreciated to all peoples around me, neither my family nor my friends. They such a great peoples to me, and very important in my life. They keep me strong and always give me a strength and calm me to overcome everything. Terima kasih semua. Very appreciate that. Lots of love. Lol

And inshaAllah, lepas sem ni aku akan start buat LI plak. Kat mane tu belom sure lagi sebab Im not getting any offer yet. Then, next sem I will start for my final year with fyp. Excited ada, cuak banyak sangat dah kot. Hahaha. Hopefully everything going well. 2014 i'll grade, hoyeahhhh. 

InshaAllah jugak, this year, my mum will grade. She's now struggling for her last sem and during this time as Im blogging she is on Sintok UUM. Im so happy for her, finally, cita-cita mama semakin tercapai. Anis doakan mama, sihat selalu dan berjaya mengakhirkan pengajian with the best result. Love u mama.

Okay till then, meet me some other free time. See u soon my belog, love.

Tuesday, February 5, 2013

Loves' & Loves not

Loves'
@ Happy go lucky
@ Jujur
@ Setia
@ Can be talk about anything in version suka bercakap
@ Can always makes me laughing ;sense of humour la.
@ Know how to comfort
@ Makes me feel ease.
@ Penyabar
@ Bertolak ansur
@ Mudah bergaul ;esp my friend
@ Know do and donts.
@ Respect others.
@ Tak banyak ragam.
@ Focus
@ Berpendirian
@ Loves being theirself.
@ Not smoking.
@ Penyayang
@ Loves kids
@ Can being best friend
@ Pendengar setia


L(ove)s not

@ I hate being pushed.
@ I dont like being annoyed.
@ Back stabber.
@ Perengek.
@ Gatal
@ Gedik
@ Tak setia
@ Tak jujur
@ Tak menjaga hati orang lain.
@ Suka besar kepala
@ Pentingkan diri sendiri
@ Sombong
@ Anti social (tak suka lepak reramai)
@ Tak boleh bertolak ansur
@ Tak penyabar
@ Tak hormat pendirian orang lain.
@ Ambil kesempatan
@ Tak pandai minta maaf
@ Bercakap kasar in version mencarut.


Friday, February 1, 2013

Jujur...

JUJUR...

Secara lumrahnya, manusia susah untuk berlaku JUJUR.
kerana manusia adalah makhluk ciptaan yang sangat penakut.
Jujur tidak semestinya harus hanya sesama manusia
tetapi jujur juga harus pada diri sendiri
dan yang terpenting pada yang Maha Pencipta dan Mengetahui Allah.

Penakut;

Mungkin dia takut jikalau dia terlalu jujur berkata yang sebenar dia mungkin melukai orang
ataupun mungkin dia melukai dirinya sendiri.
oleh itu dia tidak jujur.

Mungkin dia takut jikalau dia terlalu jujur dia mungkin akan mendapat kerugian
oleh itu dia tidak jujur.

Mungkin dia takut jikalau dia terlalu jujur dia akan kehilangan teman-temannya
oleh itu dia tidak jujur.

Mungkin dia takut jikalau dia terlalu jujur dia akan kehilangan cinta hati buah jantung pisangnya
oleh itu dia tidak jujur.

Mungkin dia takut jikalau dia terlalu jujur dia akan kehilangan kepercayaan dari sekelilingnya
oleh itu dia tidak jujur.

Mungkin dia takut jikalau dia terlalu jujur dia tidak mungkin akan berjaya
oleh itu dia tidak jujur.

Kerana mungkin dia takut, dia telah melakukan ketidakjujuran kepada dirinya sendiri terutamanya.
Takut itu permainan syaitan oleh itu dia tidak akan jujur dalam perbuatannya, percakapannya, dan amalannya.

Dia adalah kita,
Kita adalah manusia,

Marilah kita cermin kembali kejujuran diri sendiri
adakah selama ini kita berlaku jujur pada diri sendiri, jujur sesama manusia dan...
jujurkah kita pada tuhan.

Berlakulah jujur kerana nikmatnya hanya kita sendiri yang akan nikmati
Nikmat yang mungkin yang selama ini telah dikaburi.
Yang terpenting sekali, nikmat ketenangan hati.

Hati akan lebih tenang pabila kita berlaku JUJUR.

'Dont be too judgmental, or if, one day u will be judged by the only ONE. Hate the sin but not the sinners'

Marilah kita reflect bersama-sama.

kerana AKU adalah salah seorang yang tidak berlaku jujur itu.






Thursday, January 31, 2013

Pegang...

Manusia berpegang pada janji.

Pegang;

Peganglah selagi bertahan
selagi mampu jangan kau lepas
sedaya upaya
sepenuh peluh keringat
selagi bernafas
peganglah;

Pegang kan itu untuk semua
bersama pegangan tuhan kita.



Wednesday, January 30, 2013

Sesuatu itu...

Aku ada sesuatu
sesuatu yang aku sendiri tak tahu
sesuatu yang aku takut
sesuatu yang aku mahu;

Sesuatu aku mahu tujukan pada kau,
pernah kah kau ada sesuatu itu?
Sesuatu yang tidak nampak
Sesuatu yang hanya hati besi rasa
Sesuatu yang ego penghalangnya.

Aku mahu punya sesuatu itu,
sesuatu yang tidak pernah ada
tidak pernah aku rayu
tidak pernah aku harap;

Aku mahu tuju sesuatu itu;
untuk menyampainya tidak aku
tiket peluang aku hanya simpan;

Malu;

Aku jadi malu
pada diri aku,
selalu aku
perhati jiwa itu,
aku belek sesuatu itu,
betulkah itu sesuatu,
selalu aku berfikir adakah itu sesuatu,
malu;
dan kau tertangkap perhati aku
aku termalu sendiri tapi aku mahu kau perhati.
aku mahu kau perhati bersama,
adakah itu sesuatu.

tapi aku malu
malu~malu~malu~malu~malu~malu~malu~malu~

Kau tau sesuatu itu
berdepan kau
selalu buat aku kaku
seperti tugu
seperti ais
mengeras
menyejuk.

Kalau itu sesuatu
aku berdoa untuk sesuatu itu
berdoa pada tuhan kita
peliharalah sesuatu itu
sesuatu untuk suatu masa
sesuatu yang penamat.

Sesuatu ini kau mungkin tidak nampak
tapi aku harap sesuatu aku itu
KAU tahu.









Friday, January 18, 2013

Game Over!

Finally, game over! Checkmate!!! Hiyakkkk.. Ggrrrrr Bbberrrrrr..

Sem5 is over. Semester break just started. Guaa HAPPY bak hang!!! akhirnya segala bala-bala sudah terlepas dengan jayanya. [tak bape jaya sangat pon] but just wait and see for the result. Hopefully segala penat lelah semput kami berbaloi. Kan kawan-kawan.

Currently, gua sudah pulang ke kampung halaman. Mahu merehatkan diri sepuas-puas mungkin sebab dekat setahun gaklah gua tak cuti lelame ni. And, anddd annnnddd!!! It' ll be another year to have a long semester break like this. Sebab next semester break aku dah kena buat LI. Huhuhu. Cuakkss seyhh.

So, peluang yang ada ini, kita enjoy puas-puas. Buat ape yang patut, spend time with family and my other friends. Sebelum ni plan nak keje, tapi tak tau lagi cemane. Tengok keadaan dan pekerjaan ada ke tak. Tapi, bila dah dua tiga hari kat rumah ni, terase macam nak memerap jew plop. Malas nak kuar keje ke ape kew duduk rumah tersangat best bak hang!!. HEHU #sigh

And seperti biasa cuti plan nak kurus [konon]. Tapi baru balik jew nenek dah plan nak masak itu ini. Apekah??? Memang buat nafsu gua tergugatlah, baru dengor dah bayang-bayang kecur lior. brbrbrbr.. Acane nak kurus ni? Acane? Acane?? -_____-'''

Okaylah, selamat bercuti semester kawan-kawan!!!!

Tuesday, January 1, 2013

Engineer to be #part1

During school holidays baru-baru ni, my little big gendut bros was going to Kidzania. Who knows kidzania? For whom that doesnt know, that place was offered for kids, experiencing the real-life of many occupations such as, being a lawyer, news reader, doctor, staff of marrybrown, pilot, firefighter and many mores laa.

This kind of place quite good laa for kids yang memang suka dreamings what to be, or what that like be, SEBAB they can experience it right away on that time by their own self without the help of parents. So, they can realize what are they like actually. 

And as a teenage, im quite jealousy actually, sebab during my childhood there is no kind this things. We just wanna be like what 'orang tua' say 'hebat' like pilot, engineer, doctor, teacher. Is it sounds like cerita abang kassim? what do you want to be? a doctor? a lawyer? so typical laa. 

So, Im asking my bros what you wanna be when you are grown up. Then he said that he wants be Marrybrown staff, making so much burgers and friend chicken and he can eat much. And Im feel suchh urghhhh -____-'' what kind of that? are you serious?? hahaha, Im so surprised with his ambition. 

For, a little kids 12 years old like him, they just can think of what he can get most, or can he eat much or just bla bla bla. Still not serious thinking of future and just go with the feeling being a kids. Oh yes, that kids. As long as you are kids forever you are remains kids. They just live in their own life and not yet mature enough. #dreaming

Then now, here I come, 'Engineer to be'? will it really becomes real  and true. Yes Im on my way in this path, but Im not really sure with what I want and what Im gonna be. Is this my real gateway of dreams? I wish. 

With a hope and doa, can it be a reality in the future. InsyaAllah.