Followers

Saturday, October 13, 2012

Tenanglah kamu disana.

13 Oktober, bersamaan Jumaat.
Pagi semalam masa dalam kelas aku diberitau kawan sekelas aku iaitu merangkap kawan sekelas dari zaman sekolah lagi, yang sahabat kitorang kat brash dulu meninggal dunia. Ya Allah, betapa terkejutnya aku masa tu. Yelah sebab masa dia bagi tau pon kitorang tengah ade kelas, mesej saje plak tu, nak bertanye lebih bagai memang tak dapatlah. Dengan member tetibe kol, ouhh. Ya tuhan, aku seperti tak percaya sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, orang dah tiada. Apa yang terjadi sebenarnya pon sudah tertulis sekian sekian untuknya, so, as kita yang hidup ni pon tak dapat nak pertikaikan kenapa dia pergi camtu camni. Arwah meninggal pon pada hari Jumaat, hari segala penghulu hari. Hanya umat yang terpilih sahaja yang dapat merase nikmat ini. Arwah pon orangnyer baik, ter-sangat baik. Walaupun aku bukan rapat sangat dengan arwah tapi 2 tahun belajar dalam satu kelas, dah memang membuatkan aku cukup paham perangai dia. Senyumannya yang paling tak dapat aku lupa, walau arwah tak suka atau marah pon still tetap akan tersenyum juga. Aku ingat lagi satu masa tu aku tegur arwah. Aku cakap kat dia.....

Aku: Wan ko ni dah kena buli, marah pon boley senyum lagi ek.
Wan: Yelah, dah tu ko nak aku buat ape. [then arwah mengengoyeh=senyum lagi]
[this conversation actually antara aku ngan arwah jew, sebab aku kesian kat dia *tu pon sebab dia selalu kena buli, lagi-lagi ngan si Napi gemuk tu.huhhhh] Actually bukan buli, but orang selalu usik arwah, but he still smiling whatever it is.

Bak kata orang, orang yang baik-baik ni, Allah sayang dan sebab itu Allah ambil mereka awal supaya dia tidak berpaling dari yang maha Esa. Dan aku yakin, kalau arwah adalah seorang rakan yang baik dipandangan mata aku dan semua orang, arwah mungkin juga anak yang terbaik buat ibu bapa nya juga.

Tenanglah wahai sahabat, disana tempatmu lebih indah dari dunia ini. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan para solehin. Dari-NYA kita datang, kepada-NYA juga kita kembali. Fitrah hidup. Al-Fatihah buat sahabat Muhammad Ridzuan bin Mohd Abd Manan Shawaludin.

Maut tak kenal usia, kita yang hidup pon tak tahu lagi seluas mana perjalanan kita. Sama-samalah doakan kebaikan bersama. Amin...

No comments:

Post a Comment