Followers

Sunday, December 30, 2012

Matang ke?

Katenyer berpikiran matang...


Sudah besar dan lebih tua, boley settle baek2...

tapi......... 


kenapakah anda block saya...????


adakah anda sudah matang??


betulkah???


ckp tak serupa bikin...


macam ludah kelangit...:)







Sinetron melayu


Di suatu malam di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke kampung.

*radio is wajib sentiasa terpasang.

Sedang asyik berborakan antara anak dan emak, tetiba lagu 'Selalu Milikmu' keudara di radio. Who knows sape punye lagu, angkat tangan??

Mama: Haaaa haaaa haaaaa, lagu Randy Pangalila, jap nak dengar. *sambil nyanyi bersama radio.

Anak: Haii, terer nampak, tau plak lagu sape. 

Mama: mesti ahh, dah bese dah karoake ngan Randy ni.dulu-dulu.   

Anak: *whatt???  -___-''  #sigh

*Si anak yang pernah dengar lagu itu tapi tidak pasti siapa dan apa tajuknya hanya mendiamkan diri sambil melayan lagu tersebut.

v
v
v
v
v
v

And now,
Satu rumah dilanda virus demam Randy Pangalila, dari adik-adik ngan mama pon termasuk sekali. Gara-gara sinetron dan "Dalam Hati Ada Taman'. 

And aku? bukan tak layan tapi so so jelah. But admit it, his acting and voice so sedap and can make makcik-makcik cair. bhahaha. 

Nah untuk tatapan makincik sekalian...



Saturday, December 29, 2012

Counting the days

Take a deep breath....
inhale.....out........

There is a few days remain before we leave 2012 and meet 2013. Oh noo, its mean final exam is really around the roundabout babes. Study tak ade lagi ni, but study weeks pon dah habis dah.

What to do, study week jugaklah nak pergi ber-holiday ngan family and study week jugaklah ada presentation bagai. pffffttt. Since, last sem till this sem tersangatlah kelam kabut and penat rasenya. Nasiblah kan itulah pengorbanan yang kita perlu berkorban dulu sebelum terkorban yer dok.

And, when remind back all the memories and sume azam for 2012, I felt like little bit happy. It was a very memorable years for me. Nothing to be sad much laa compares to past years kan. But, some my azams tak berapa nak capai for this akan ku bawa ke 2013. bhahaha.

Antaranya adalah nak kurus. Okay itu azam setiap tahun, tapi tak pernahnya tercapai. #sigh This year Im gain more weight kot bukannya loose weight. Ottokeee.. Bukan tak boleh buat cuma Im always lost in controlling my mind to not eat much laa. yahaha.

Anyway, whatever is our 'azam' for 2012 or 2013, without a big effort we will not achieve any of it kan. So, keep it our hard work till end okay, esp, all my friends yang bakal taking final exams soon. Goodluck alls. May success and glory be ours. (^___^))

Friday, December 28, 2012

Cerita kuah durian

Last few days, aku balik kampung and kempunan giler nak makan durian plus+ kuah durian. Now Im a big fans of durians okay. Sape yang kenal aku taulah cerita aku sebelum sebelum aku menyintai durian ini. Tengah tido tercium bau jew pon boleh berlari. Hahaha. Tulah orang kata tak kenal maka tak cinta.

Back to the story, then satu malam ni aku mintak kat mama yang aku nak durian. Dan dipendekkan, berjayalah aku membantai durians tersebut. Im so happy okay, dah macam orang pregnant kempunan plak kan. So, again, aku mintak mama tolong masakkan kuah durian untuk esoknya sebab aku ingat nak bawak balik Melaka.

Dan berusahalah si mama ku ini membuat kuah durian untuk anak dara bulatnya yang sorang ni. And again, I am so happy tapi tetibe mama datang kat aku. Dia cakap 'kak long, mama rasa macam kuah durian ni masam sikitlah, sebab mama tak perasan santan tu dah masam'. Daku sedikit hampa, but takkan lah aku nak cakap kat mama aku taknak kan. Kesian kat dia dah berusaha nak masakkan untuk anak gendut dia ni.

Aku pon cakaplah, 'takpelah ma, tak basikan? Nanti Anis makan okay. Tapi nak bawak balik takut tak tahan jew lah sebab dalam kereta kan panas takut basi plak'.Okay itu alasan.Yang sebenornya aku tak sampai hati nak bawak balik and then sampai Melaka aku terpaksa buang plak kan. Dan dalam masa yang sama aku nak jaga hati mama ku sayang, sebab banyak kot dia masak. Agak sedih melihat sume-sume itu yang akan bakal dibuang. Rezeki kott. Sobs.

Then mama, forgive me because hari tu kaklong makan sikit jew kuah durian tu, dan selebihnya terbuang.
:'(

Friday, December 7, 2012

Halim

"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. 
Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 
'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? 
Yakni ketika isterinya sedang marah. 
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..."

-Imam Al-Ghazali-


*Al-fatihah untuk arwah abahku Abdul Halim bin Mokhtar.
Nama seindah maknanya, juga seindah pekertinya.
He is such a very patient man i have known in my life.
Nobody can replace him. 
InshaAllah, beliau bahagia di sana.
Doa anak-anakmu sentiasa mengiringimu dalam setiap waktu.

Thursday, December 6, 2012

Busy ke?

Hai my blog, sorry again sebab masih tidak mengotakan janji. I am so busy since I was last post here. Bayangkanlah, setiap minggu ade test, berturut plak tu +plus esaimen yang agak banyak. Memang melampaulah busy nyer kan. Nasiblah kan #studentlife memang cenggini yer dok.

But this sem really really feel too short. Sebab? Maybe dengan ke-busy-an yang non-stop, so tak nampak banyak mase untuk spend bende tak berfaedah (spt kuar meronggeng atau melepak) *sangat sesuatu betulkan. And...... this sem saya rajin study. he he he. #pujidirisendiri *blushing (^___^)

This is fact, im not lying okay. MAMA sile percaya. Thanks jugak kat kengkawan yang telah membuatkan saya ingin lebih study. Sekarang ni, tak ley nak nyorok mane dah kalo taknak tengok orang study, nak tak nak memang kena ngadap. Tu yang berjangkit woii.

Btw, sem ni agak banyak subjek berat, bukan agak tapi memang banyak. Totally it was 5 subject that I need hardly to focus. #pengsan See betapa banyak nyer subjek aku kan, bayangkanlah setiap minggu satu test, haaa dekat sepuloh minggu lah bersengkang mata. T___T

And I have about 3 weeks to finish up all my esaimen and test *yang masih berbaki* then study week. Oh tuhan, *breath in breath out. Semoga kau bertahan Anis. Keep it up ur work hard till end. YOU CAN DO IT!!! Fighting.

So, for those yang akan mengadap final macam aku tak lame lagi. Goodluck uolls. Semoga kita semua berjaya, and sama-sama kita doakan kebaikan dan kejayaan bersama. Assalamualaikum (:

Sunday, October 21, 2012

Tahniah!!

Selamat berkonvo my ever beloved friend Dieza Fayyadha Kamaruddin. Tahniah atas segulung hadiah that has makes your family and yourself proud. Saya #jeles okay. heee. Btw, tahniah sangat-sangat, mesti ayah dan ibu kau happy sangat. And maaf jugak sebab tak dapat datang, hari hujan dan ketiadaan transport. huhuhu. Maaf sangat-sangat.

Apa-apa pon, aku doakan kejayaan kau berlipat ganda lagi untuk segulung ijazah akan datang. I know u can do it, #spirit kau lagi kuat dari aku ken. hehehe. Sangat sedih sebab tak dapat nak pergi tengok kau. Im really wanna go, but keadaan tak mengizinkan. T__T sobs.

Happy seeing ur smiles in ur happiness day. (^___^)



*sorry, aku cilok dari kau. Heee ;D.

Dieza, sayang kau sangat-sangat. Hope we are friends till jannah. Love u <3.

Sunday, October 14, 2012

Hari minggu.

Duduk umah hujung-hujung minggu camni, memang duduk sajelah kan maknenyer. Bangun tido, online, mandi, makan. Maunyer badan tu makin berlomak wa cakap sama lu.. Matilah balik raya haji nanti kena nganjing ngan mama ke ngan adik-adik, badan aku makin memboolat.

Kalau tak sebelum ni, hujung minggu jew aku koje. Kalau koje, ade gak laa aktibiti yang aku buat dari memerap jew kan, makan pon kurang. Yelakan, bile koje badan penat nak makan pon tak larat. Tapi sekarang aku dah benti koje sebab badan ni dah tak larat nak manage semuanya. Terkojar-kojar aku, badan sendiri pon letih, ngan orang yang aku susahkan pon mesti letih gak kan melayan. huhuhu.

Hurmmm, sekarang bekoje laa aku menternak lemak kat umah. ottokkeee.. Bilelah nak kuruih ni Anis oii. Kau ni azam jew lebih tapi buatnyer tak kan. #sigh. Bile entah nak berubah, penyakit malas makin menjadi-jadi. Dok umah pon bukan study asyik tengok movie jew laa kan. [terlebih masa untuk buat entry sini gak]. Hehuu.

Ada apa dengan perasaan?

It's normal lah kalau dalam kehidupan seharian kita akan mempunyai masalah perasaan sama ada terhadap diri sendiri, ibu bapa, adik beradik mahupun kawan-kawan. We have our ownlife and are life with them, and sometimes we are being with them all the times kan. Tipulah kalau kau cakap kau suka menyendiri jew all the time kan. Memanglah masa untuk diri sendiri itu perlu tapi bukan untuk sepanjang masa. Sebabnya kalau suka banyak menyendiri ni, banyak perspektif negative yang akan keluar dalam otak dan akhirnya akan merosakkan perasaan sendiri. [pengalaman diri sendiri and byk belajar dari kesilapan].

Aku admit yang sekarang ni aku tak suka berseorangan, sebab bile aku sengsorang with nothing to do, otak ni secara pantasnya akan suka berpikir yang bukan-bukan [bukan yang lucah okay]. And sometimes aku boleh tetibe jadik cengeng nak nangis jew.[I hate that] 

By now, aku cuba untuk belajar kawal perasaan sendiri supaya tak cepat melatah. Jangan nak suka emosional tak tentu pasal. Kekadang aku malas nak layan sangat perasaan aku ni, sebab kalau dilayan memang menjadi-jadi. Bila nak buat keputusan pon, aku cuba untuk consider keadaan sekeliling dulu dan yang mana aku nampak yang terbaik, I follow jew laa.

Tapi kalau nak cakap pasal perasaan ni, part yang paling aku tak sukanya, bila kita elok-elok jew jaga hati dan perasaan orang tapi orang lain tak reti nak hargai. Bukan nak mintak jaga hati kita sangat pon sampai diri sendiri tu jadi fake ke apa ke, tak, but at least kau berani berdepan dengan ape jua keadaan. Kalau ada yang tak betul perbetulkan laa. Ini tak, walau dah bagi banyak peluang pon masih macam tu jugak, memang sakit hati betei laa rasanya. 

Dan sampai satu tahap yang rasa macam malas nak pikir dah pasal perasaan orang lain, buat sakit kepala otak jew. Banyak lagi benda yang perlu dipikirkan. Walaupun aku tau its not really a good way, but I have to. Bukan nak pentingkan diri sendiri and jadi jahat, tapi level kesabaran ni kekadang just uncontrol. I hate to be negatively but sometimes negatives is quite good.

Whatever it is, I love to be like now. How u all see like I am changed ke ape ke, it's wrong actually. I had to live like this for every sake. Maaflah kalau ada yang tersinggung, we are all not perfect but at least be respect.

Saturday, October 13, 2012

Tenanglah kamu disana.

13 Oktober, bersamaan Jumaat.
Pagi semalam masa dalam kelas aku diberitau kawan sekelas aku iaitu merangkap kawan sekelas dari zaman sekolah lagi, yang sahabat kitorang kat brash dulu meninggal dunia. Ya Allah, betapa terkejutnya aku masa tu. Yelah sebab masa dia bagi tau pon kitorang tengah ade kelas, mesej saje plak tu, nak bertanye lebih bagai memang tak dapatlah. Dengan member tetibe kol, ouhh. Ya tuhan, aku seperti tak percaya sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, orang dah tiada. Apa yang terjadi sebenarnya pon sudah tertulis sekian sekian untuknya, so, as kita yang hidup ni pon tak dapat nak pertikaikan kenapa dia pergi camtu camni. Arwah meninggal pon pada hari Jumaat, hari segala penghulu hari. Hanya umat yang terpilih sahaja yang dapat merase nikmat ini. Arwah pon orangnyer baik, ter-sangat baik. Walaupun aku bukan rapat sangat dengan arwah tapi 2 tahun belajar dalam satu kelas, dah memang membuatkan aku cukup paham perangai dia. Senyumannya yang paling tak dapat aku lupa, walau arwah tak suka atau marah pon still tetap akan tersenyum juga. Aku ingat lagi satu masa tu aku tegur arwah. Aku cakap kat dia.....

Aku: Wan ko ni dah kena buli, marah pon boley senyum lagi ek.
Wan: Yelah, dah tu ko nak aku buat ape. [then arwah mengengoyeh=senyum lagi]
[this conversation actually antara aku ngan arwah jew, sebab aku kesian kat dia *tu pon sebab dia selalu kena buli, lagi-lagi ngan si Napi gemuk tu.huhhhh] Actually bukan buli, but orang selalu usik arwah, but he still smiling whatever it is.

Bak kata orang, orang yang baik-baik ni, Allah sayang dan sebab itu Allah ambil mereka awal supaya dia tidak berpaling dari yang maha Esa. Dan aku yakin, kalau arwah adalah seorang rakan yang baik dipandangan mata aku dan semua orang, arwah mungkin juga anak yang terbaik buat ibu bapa nya juga.

Tenanglah wahai sahabat, disana tempatmu lebih indah dari dunia ini. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan para solehin. Dari-NYA kita datang, kepada-NYA juga kita kembali. Fitrah hidup. Al-Fatihah buat sahabat Muhammad Ridzuan bin Mohd Abd Manan Shawaludin.

Maut tak kenal usia, kita yang hidup pon tak tahu lagi seluas mana perjalanan kita. Sama-samalah doakan kebaikan bersama. Amin...

Thursday, October 11, 2012

Perasan...

Actually, I baru noticed yang my two post before ni, macam samelah. ihhikkk.
Okay not so be suprised laa kan, bese lettew post orang yang tiada idea gara-gara tak reti buat karangan. eh  ehh boleh? ade kene mengena tak? Ngehee.

Whatever lah kan, blog ni pon bukan femes pon, sape ajelah nak bace and perasan kan. I sorang jew yang ter- PERASAN lebih. HAHAH.

Tak pelah Anis oiii, this blog pon just for fun kan, sesuke hati I jugak lah nak post ape pon yer dok. kah kah kah #gelakevil huhhhhh.

Tengah mencari-cari idea ape nak carut sini, and maybe pasni I will be keeping update selalu. Tunggu tau... Ehh, ade yang nak tunggu ke?? hahhh nak PERASAN lagi kan. Dah dah baik blaaa dari sini sebelom Im be more PERASANESS. Hahaha.

Hello dear (:

Whatsap blog!!!
Hai dear and Hello everyone.
ehhhe, 
How am I really miss to post here.
Ohh noo, really lame not post anything.
and
Its almost about 5 months ago 
since last April Im updating here. pfftt.
What so busy lady, me laaa.. #konon

Actually, just now we already have a wifi at home.
So, I can be online at anytime and updating all the time.
Hoyeahh!! gongceng gongceng..
 Alright! alright! Anis please behave yourself.
nothing to be excited much pon kan.
*saje nak menggedik

And, the past few days I open laa this blog,
that time just like sesaje laa nak visit her,
but
Im really felt like nak pengsan and scream loudly
when I looked a new blogger setting,

what!!! u tukar lagi setting blog??
what thee fcuk laaa.
brrrrrrr...



Why u changed lor?? Haihh...
Then teraba-raba laa nak explore all the setting.
HUHHH. Rajin sangat laa kan kalau nak mengexplore,
So, im just let it laa camni.
What to do, everythings changed.
I pon not so terel pasal IT ni
 nak changed back to normal memey tak reti laa..

Hmmphh, so, my blog..
I have no more idea to talk about,
we meet later okay.
See yaa...

Thursday, April 26, 2012

Ponteng!!!

Holla, tora datang lagi, hahaha. Dah lame aku tak carut kat sini dan membiarkan blog ni bersemak sampaikan dashboard pon dah makin canggih and aku pon jakun kejap. Woww, manyak berubah woo, macam mana nak guna ni ek?? Opps, ai bute IT so bile nampak peliks cket ai memang kalut. Huahaha.

Sian my blog kan sebab dah lame mak tak bersihkan yer, oke memandangkan hari ni mak ponteng [pehh ponteng uhh!!] ade laa mase cket nak jenguk2 cni. Adik-adik jangan tiru perangai akak sorang ni yang pemalas dan pemonteng. Hahaha.

Mesti blog pon majuk ngan aku macam sume orang nak majuk ngan aku kan. uhhukk. Sebab musabab dah lame tak jenguk u my blog sebab ai sangat busy!! busy sesangat!! internet pon macam ciput, mesti u pon paham kan blog, sory sangat!! #gediks ngengade.

Dah laa ponteng kelas sempat plak aku meng-update kat cni kan. Huhuhu. Bukan ape, this couples days busy sangat! rase macam tak cukup oksigen otak ni nak bernafas. Dengan subject signal yang aku dah frust kat kau, makin malas laa aku nak ke kelas hari ni. Sory lah kengkawan sebab aku tak ke kelas, tapi stress sangat! Lagi pon ni baru first time pon aku nak monteng kelas signal, 2nd time untuk nego laa. Kuikui.

Sebelum ni pon aku bukan kaki ponteng oke, cuma hari ni badan rase letih semacam yang memungkinkan otak pon susah untuk generate nanti. Mata pon susah nak bukak tadi pagi, so, terpakselah ponteng. Terpakse tu yang tak tahan. hewhew.

Hopefully tak de sape yang nak tacing ngan aku harini, kalo tak puas hati try talk to me. Im okay with that. Aku tak suke perangai tarik-tarik muka, perli-perli nihh. Not my style, kalo takley nak cakap direct, take time first then whenever u have ready and calm comes to mama bebeyh. Heee.

Oke, my belog sayangs, see u again later, when ai have my freetime.

Wednesday, March 28, 2012

Berbahagialah wahai anak-anak sulung

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!
c/p : iluvislam.com
p/s: Maaf mama, juga adik-adik kaklong, kadang-kadang kaklong ade perasaan dengki terhadap korang tapi bila pikir balik ianya banyak mengajar akak untuk lebih berdikari. Sekarang akak tak kisah pon, akak lebih kisahkan korang adik-adik. Semoga korang berjaya mencapai ape yang korang impikan, walaupon akak tak berpeluang nak capai. , thanks semua, i love u all.

Monday, February 13, 2012

Memasak?

Start cuti semester hari tuh mak aku dah pesan awal-awal suh aku belajar masak. #pesanan utk setiap kali cuti sem. Tapi kali nii mama siap belikan buku resipi tuh yang tak tahan. Hadeihhh, membazir jew beli buku bagai tu google search pon dah boleh dapat macam2 kan. Tapi tak apelah dah beli nak wat camne.

And till now pon, #dah nak abih cuti nii, aku still tak try lagi resipi2 yang ade dalam uhh, hewhew. Bukan ape nak masak pon ade sape jew kat umah, tukang rase takde= my mom. Mama plak, aku cuti dye belajar. Adik2 ngan nenek plak jenis yang tak bape makan makanan yang pelik2 cket. Senang citer memang aku sorang jew yang KUAT makan.

Oke back to memasak. Sebenarnye aku tak reti masak tapi aku boleh masak. Ehhh camne tuh? Maksudnyer, ntahh aku pon tak paham. Kihkih. I love baking than cooking, sebab itulah aku tak reti masak tapi boleh masak.


Baking nii best tau tak, sebab bile kek or biskut tu dah siap masak baunyer halamakaii harummmm gilerrr sampai senget2 hidung aku cium bau. Tapi tak banyak sangat laa yang aku dah penah try setakat kek2 & biskut feveret family tu adelah. Hehe.

Masak tu boleh sebenarnye but aku nii kureng practice dan jenis yang lebih suke memasak sorang2 tanpa ade orang lain kaco or kecah2 sebab aku selalu tibai jew resipi. Yang tibai tu laa yang selalu menjadi tau tak, kalo ikut ratio sangat selalunye kureng.

Bukan ape, kalo ade second chef nii susah laa, sebab suke sangat komen itu ini kan. Lagi-lagi kalo orang tu tanye 'eh betol ke camtuh?' sudah! kan dah buat aku konpius. Tu yang kadang-kadang kalau dah ramai sangat kat dapur aku tengok jew, tak pon tolong-tolong laa gak potong apee2 kan.

Best things yang aku suke pasal masak nii, walaupon sebenarnye tak minat aku suke nak cube new resipi, yang nenek ngan mama aku tak pernah masak. Dan aku lebih excited kalo percubaan pertama aku untuk setiap masakan tu menjadi, dipuji-puji & digemari. #ahakss gedik jew kan.

Bukan nak bangga kalo masakan tu sedap tapi yelah kan sape tak happy bile ape yang kita masak orang lain hargai dan suke nak makan. Bertambah-tambah laa semangat nak cube resipi lain kan. Tapi tulah kalo takde orang nak makan kt umah nii aku pon malas laa nak cube memasak.

Yang sememangnya, aku memang malas masak pon dan aku jarang masak. Huahhhahaha..shhhh. Jangan kecoh k, kang ade yang tak jadik minang nanti. Hewhew. Alahhh, malas sebab takde sebab, aku rajin jew kalo bersebab. #cehhh niat dah tak betol.

p/:: Kepada lelaki2, perempuan tak reti masak is not a crime ok. tak pandai boleh belajar kan janji kena minat.

Wednesday, February 8, 2012

Ape nak jadi???

Aku tak tahu dimana nak berakhir kalau bermule pon masih belom lagi. Yes, aku selalu menangguh. I admit banyak bende sudah tertangguh sekarang. Everythings that have been planning doesnt goes well at on time. Maaf aku bukan sengaja.

Tapi tertangguh itu bukan bermakne aku malas, banyak perkara yang menghalang. Dan aku perlu selesaikan satu persatu coz Im not a robot that can finish all in one time. I need a time and space for settle down all my problems. Its actually not problems but tanggungjawab.

And now sampai satu tahap yang aku tak tahu nak selesaikan yang mane dulu. I have too many responsibility to my family especially, to my friends and also to myself. Semua bende aku nak pikir and nak semua orang aku nak jage hati.

(Im always tend to put much pressure on myself actually)huhhh =.='  This is myself let me do whatever I want with whatever I plan. *looks degil disitu.

Memang aku selalu degil tapi degil aku masih tetap bertolak ansur with all this things with #you. Biar laa orang push and cakap macam2 pasal aku camne pon im still with my decision. Buat2 jew laa cam korang tau with what im saying even im not mention anything about it.

Blog aku selalu bermasalah kan? So, kalau tak nak menapak pon takpe tak kisah. This blog pon juz the only place that I can shared and expreesed what I feel but not for sharing what my problems is. Tak kisah laa aku nak tulis ape kan. Peace.

Terima kasih kepada sesiapa yang menapak.

p/s:: For kengkawan, aku still hidup lagi even korang tak nampak aku kat fb tuh. Tak payah nak pikir yang bukan2. Aku saje mahu cube hidup tanpe fb buat sementara waktu. Sayang korang. ;D thanks sebab amik berat.

Wednesday, February 1, 2012

senja hati

Aku manusia biasa yang tidak sempurna,
dan Aku juga wanita yang punya rasa tanpa dipaksa,
sesiapa saje mungkin mengata
'Ohhh adatlah hidup ada pasang surutnya,
belajarlah dari kesilapan'
Aku tahu...
Hidup ini bukanlah tujuannya mengejar dunia semata,
Cinta ini seharusnya milik yang Maha Esa,
Tabahlah hati menerima dugaan-Nya.
Sudah suratan tertulis segalanya,
Harunginya dengan hati yang redha.
Pohon doa yang terbaik semuanya.

p/s:: If you have made mistakes, there is always another chance.
You may have a fresh start any moment you choose.

Thursday, January 19, 2012

#aries #1

When an #aries likes you it's pretty obvious. They are not subtle about it.

If you break up with an  #aries , you better forget them for good because they will never come back.

#aries   may seem arrogant, but thats just cause they know what they want.

#aries  like to sing (sometimes off key) because they feel what is in the song.

Have a lot of pride and integrity? You might be an  #aries. 

Looking for true friends in life and lifelong companions? Choose an  #aries.

#aries   need to feel proud of their lovers. Dont be a loser!

#aries   is known for vibrant energy and authority.

When an  #aries   matures, they learn to slow down reaction times in order to think about the consequences of their actions.

#aries   are so good at starting things they can be off onto their next project before completing the previous one.

While everyone is planing,  #aries   is taking action.

You see Heaven when an  #aries   is banging you.

#aries   have an ability to find the truth in any situation.

#aries   is a natural born leader and has no problem taking responsibility for their actions whether good or bad.

A mature  #aries   is a dominate individual and not one to be reckoned with.

#aries   is committed to facing their fears. How else do you win?

#aries   knows that hard work is required to get anywhere in life.

#aries   are the MOST impulsive sign.

Never tell an  #aries   what to do. Unless, you want to get punched in the face-- hard.

An  #aries   will pursue you but if you can't play their game, they will find someone who can.

Don't touch a female  #aries   when she's angry, sad, or does not know you. You will be yelled at.

#aries   cannot stand stagnant relationships. If shit gets boring they will wander.

#aries   has a built in sense of adventure. Road trips!

#aries  accepts any challenge you throw at them.

#aries  accomplishes many things simply because of their restless energy.

#aries   are competitive. They dont take playful challenges lightly.

#aries   are generous but can be self-centered.

#aries  are usually arrogant, adventurous, independent, competitive, impulsive, dynamic, and courageous.

#aries  are determined overachievers. They get the job done. 

p/s:: all diz things bukan untuk dipercayai atau diikuti tapi hanya sebagai panduan how i can find myself in it. I do agree most of it in connection with myself who is an aries. It juz for fun nothing more. So, chill bebeyh. Wanna see more? come here and follow it ya. Peace!

Wednesday, January 18, 2012

Jangan lupe lirik


Assalamualaikum..
Korang nampak tak jangan lupe lirik kt atas tuh??
Korang penah tengok tak rancangan tuh???

Sape yang umah ade astro mesti laa penah tgok kan. Zaman sekarang ni umah mane yang tade astro, even kawasan kampung orang asli pon pakai astro, siap dua tiga kuali lagi kt atas umah. Hahaha.

Oke, balik pada jangan lupe lirik, rancangan ni favourite nenek aku kott. Pelik gak aku memula bile nenek aku nak tengok rncangan ni.

Tpi bile ditenung kembali mgkin sebab dah terlampau bosan dan dah xde cter yg lagi best nak ditonton, JLL nii laa yg beliau tonton kan. Aku paham kebosanan itu. Kihkih.

Sobonarnyer, nii bukan tujuan utama eden nak update entry nii. Eden nak citor nii haa, *cehh ckp nogori plak. switch back.

Teman bukanlah seorang yang menghafal lirik2 lagu nih [nak hafal pljaran pon payah ni kan lirik plak kn]. Tpi x bermakne aku xley hafal, cume perlukan sedikit mase dan aku kena hafal dari membace bukan mendengar. 

And bile aku dah dapat hafal tu, lagu tu jew laa aku akan nyanyi smpi satu mase aku akan lupe balik. HAHA. #pelik kan.

Listening skill aku terok cket, kalo lagu tuh aku susah nak tgkap apelah yang penyanyi nii sebut. Tak kisah lah lagu tu lagu melayu ke, kalo english lagi lah kan.

Kalo aku melalak sengsorang, salah lirik tu perkara beselah sampai kekadang aku tibai jew lirik sendiri.Adik2 ngan kengkawan aku selalu marah sebab aku suke ubah lirik lagu, tapi aku tak kisah bukan aku buat show pon kan. hahaha. Asal aku bahagia mendengdangkannya kan. Hikhik.

Okelah sampai disini saje setakat ini. Kemungkinan besar, tiap2 hari aku akan update entry. Puncenyer adalah aku terlampau bosan kat rumah nii. Kesian, kbai.

Tuesday, January 17, 2012

Drama list cuti sem

Assalamualaikum, Halllu Hallluu...

Selamat bercuti semester kat bebudak degree yang dah berjaya abihkan exam. Kihhkihh, Aku saje nak bagi ucapan coz aku tau ramai yang baru abih paper kan kan kan. [aku dah dekat seminggu abih exam] hehe jangan jeles k.

Memandangkan cuti kali nii juz cuti sebulan, so aku tak dapat la nak keje coz mane ade tmpat keje nak amik orang yang keje tak smpai sebulan. Nampaknye cuti ni aku memerap jew laa kat umah ternak lemak lagi.

Ni pon baru 5 hari aku kat umah, macam2 dah aku sumbat makan. Banyak benor pon makanan kat umah, orng nyer tak lew ramai mane. Ade jew nenek aku nak masak, mcm laa aku nak balik dah esok luse, padahal aku cuti sebulan.

Kononyer nak diet tapi dah cmni acane? hikhik. Dah laa meleret plak aku tulis, ni aku nak tunjuk drama list yang aku dah buat sempena cuti nii. Hasil dari pemerhatian eden menonton tv dua tiga hari nii. Layann.. Hehe



Nada Cinta [indon]
Isnin-Jumaat 6.30 ptg
Act cter nii dah lame tayang, aku slu tengok cter nii bile 
aku balik kejap2 kt umah, disbbkn mak ngn adik2 aku layan
cter nii, n aku pon terlayanlah sekali. Ngeh3.



Bicara Hati
Selasa 9 mlm
Diz drama adaption from novel
dats why aku giler2 nak tgok cter nii.
[peminat novel mmg cmni]



Vanilla Coklat
Selase 9 mlm [clash ngan BH, huhu]
cter ni pon best tapi aku tgok kt tonton jew laa
aku minat kat si izara nii, love her acting style.



Ariana Mikhail
Isnin- Selase 8.30 malam.
Semalam aku tengok first epi cter nii
cm best jew, so layan gak. 
HEHE

Setakat nii jew laa aku ley wat list, banyak lagi sebenornye.
Tapi disebabkan kemalasan nak crik info, so takdelah kt cni. Aku juz buat list favorit jew.
Sesape yang suke layan drama tgok laa ek, cter2 sume di atas mmg best. tehee.

Oke, selamat menonton yer semua.

Monday, January 16, 2012

ku terima

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah


Friday, January 13, 2012

BEBAS..

........Exam dah habis BRO..........



Lets Hooraayyy TOGETHER...

Teheeee..

*sebenarnye tak ikhlas pon nak happy tapi nak gak enjoy gembirakan hati....

Akhirnay aku dapat habiskan exam walaupon banyak dugaan yang melanda..ecehhh ayat aku tak tahan betol..HIKHIK..

13 January 2012.

Ape ape pon, aku sebenarnya nak wish HAPPY BIRTHDAY to someone yang penah aku sayang, dan masih aku sayang sehingga kini.

Wish him have a bright future ahead and bahagie ever and after dengan ape yang dipilih.
I am HAPPY if u are Happy...

Aku tumpang bahagie sekali.

Oke, aku malas nak tulis sgt, wait for the next entry.. see yaa.. ^_^

Monday, January 9, 2012

Aku & Dia Dah Putus

 Assalamualaikum

“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “

p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
.
Sumber: Aku Islam


p/s; me:: Takdir telah menentukan segalanya, walaupun hati tidak rela. Apa daya yang aku ada, hanya berdoa jika jodoh itu ade tidak kemana. Love from me kepada semua. (: 


Doakan aku menemui jalan terbaik.