Followers

Monday, November 28, 2011

Kejamkah aku?

http://www.cute-smiley.com
Kejamkah aku?
Andai aku ingin lihat dia menitiskan air mata..
Seperti mana aku pernah menangis kerana dia..

Kejamkah aku?
Andai aku ingin lihat dia rasa kecewa
seperti mana aku pernah kecewa kerana dirinya..

Kejamkah aku?
Andai aku ingin menyedarkan dirinya
Seperti mana aku disedarkan oleh kata-kata dustanya..

Kejamkah aku?
Kiranya aku meninggalkan dirinya dalam terluka
Seperti mana aku dilukai oleh dirinya..

Kejamkah aku?
Kiranya aku hanya memberikan secebis sisa kelukaan untuk dirasainya
sekadar untuk menyedarkannya.
Yang insan lain jua punya rasa..

Kejamkah aku?
Atau lebih kejam lagi dirinya
Yang tak pernah puas dengan apa yang dimiliknya..

Kejamkah aku?
Atau kejamkah dirinya
kerana menyayangi insan lain selain dariku..

Kejamkah aku?
Kerana telah belajar untuk lebih dewasa dan matang dalam kekejaman ini.
Kerana telah menjadi dingin dalam setiap bicara..

Kejamkah aku?
Atau dia yang lebih kejam dari diriku?
Kerana aku tidak lagi tahu..
Dan tak mampu untuk mendiamkan diriku..
Atas kekejaman yang aku tahu..

p/s:: Maafkan diri ini sekiranya menjadi seorang insan yang kejam. Aku hanya seorang insan biasa yang selalu membuat kesilapan.



No comments:

Post a Comment