Followers

Wednesday, January 12, 2011

Cinta Tak Terungkap

     Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta. Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia. Mungkin ianya Hadir dalam riang. atau Hadir dalam duka. atau Hadir dalam keliru. atau Hadir dalam [I]blurr[/I]. Itulah warna warni cinta.
    
    Namun cinta tidak selalunye indah, & Penantian juge satu penyeksaan. Penyeksaan hati yang akan sering membuatkan kite tertanya tanya itu ini, 'ehh, si dia sihat kew x??' ; 'si dia pergi mana ni?'.. Ohh sangat memberi impak yang besar dalam diri sang pencinta.


    Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang? Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan digital. Spiritual hati manusia berbeza beza dan tanpa diduga. Terutama sekali wanita.


    Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan sentiasa mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.


    Mengantuk disorongkan bantal. Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti. Ohh wahai sang gadis janganlah terlalu buta hati dan terlalu bergantung pada sang pencinta yang belum pasti. Ingatlah....


    Cinta itu pasti dan memang sejati. Jika tepat masa, ketika, keadaan  dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandinagnnya..


    Cinta kalau bahasanya hati..itulah cinta hakiki. Kasih jika dasarnya Rabbi..itulah kasih sejati. Cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji....




    

2 comments: