Followers

Thursday, January 6, 2011

Bacalah dikala sedih...

     WAHAI diri, engkau hanya mencintai Allah ketika kamu memperolehi nikmat. Sebaliknya apabila datang suatu bencana atau cubaan kepada engkau, engkau segera lari seakan-akan Allah itu bukan kekasihmu. Semestinya seorang hamba itu akan nyata siapa dia, ialah ketika menerima ujian daripada Allah.
     Apabila datang suatu ujian atau cubaan daripada Allah, sedangkan engkau tetap bertahan dan tabah menerimanya, maka engkau ialah orang yang mencintai Allah dengan sebenarnya. Sebaliknya jika laluanmu berubah, maka jelaslah kebodohanmu, musnahlah perbuatanmu yang pertama dan ia berlalu entah ke mana.
     Bukanlah kudrat hamba melawan takdirNya. Luka di hati memang tidak terucap. Tidak tergambar. Meskipun perasaan ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut. Lalu luka itu biarlah dia yang merasainya. Kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. 

     Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya, melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abadi meskipun sesuatu itu teramat kita sayangi. Teramat kita kasihi. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya.
     Wahai diri, janganlah cita-citamu hanya sekadar pada yang engkau makan dan engkau minum, pada yang engkau pakai dan engkau kahwini, pada yang engkau diami dan engkau kumpulkan sahaja kerana semua itu hanya cita-cita hawa nafsu dan naluri insaniyyah. 
     Kalau hanya demikian, dimanakah tekad hati dan batin, yakni mencari Allah Al-Haq? Nilai sebuah cita-cita itu ialah apa yang engkau cita-citakan. Maka jadikanlah Tuhanmu dan apa-apa yang di sisiNya sebagai tumpuan cita-citamu. ...

1 comment:

  1. nak ajak awak join my contest..sila lawat blog sya ye...http://sudirman1809.blogspot.com

    ReplyDelete